"FROM US WITH LOVE"

Cuti Pertengahan Semester

Tarikh : 15 September 2015

Catatan :
Mulai daripada 15 September 2015 sehingga 27 September 2015, pelajar-pelajar MRSM TMFS diwajibkan untuk pulang ke rumah sempena cuti pertengahan semester. Pelajar dibenarkan pulang selepas pada waktu persekolahan iaitu selepas jam 1.20 petang pada 15 September 2015 dan kembali ke dalam kawasan maktab sebelum jam 4 petang pada 27 September 2015. Pelajar diingatkan untuk mendapatkan tandatangan guru asrama sebelum pulang bermalam.

Barisan guru asrama ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha dan selamat bercuti. :)