"FROM US WITH LOVE"

Cuti Semester 2 2015 untuk Pelajar Tingkatan 3 (Terkini)

Tarikh: 10 November 2015

Mulai daripada 10 November 2015, pelajar-pelajar Tingkatan 3 MRSM TMFS dibenarkan pulang sempena cuti semester 2 2015. Pelajar dibenarkan pulang selepas waktu persekolahan iaitu selepas jam 2.00 petang. Tarikh untuk kembali ke maktab akan dimaklumkan kemudian. Pelajar diingatkan untuk mendapatkan tanda tangan guru asrama sebelum pulang bercuti.

Cuti Semester 2 2015 untuk Pelajar Tingkatan 4 (Terkini)

Tarikh: 19 November 2015

Mulai daripada 19 November 2015, pelajar-pelajar Tingkatan 4 MRSM TMFS dibenarkan pulang sempena cuti semester 2 2015. Pelajar dibenarkan pulang selepas waktu persekolahan iaitu selepas jam 1.20 petang. Tarikh untuk kembali ke maktab akan dimaklumkan kemudian. Pelajar diingatkan untuk mendapatkan tanda tangan guru asrama sebelum pulang bercuti.


Cuti Semester 2 2015 untuk Pelajar Tingkatan 1 dan 2 (Terkini)

Tarikh: 6 November 2015

Catatan:
Mulai daripada 6 November 2015, pelajar-pelajar Tingkatan 1 dan 2 MRSM TMFS dibenarkan untuk pulang sempena cuti semester 2 2015. Pelajar dibenarkan pulang selepas waktu persekolahan iaitu selepas jam 12 tengah hari. Tarikh untuk kembali ke maktab akan dimaklumkan kemudian. Pelajar diingatkan untuk mendapatkan tanda tangan guru asrama sebelum pulang bercuti.

Outing 4 Oktober 2015

Tarikh: 4 Oktober 2015

Catatan:
Outing maktab pada hari Ahad ini adalah giliran pelajar lelaki. Ibu bapa boleh datang dan membawa anak-anak mereka keluar mulai jam 8.30 pagi. Sila dapatkan tanda tangan guru asrama yang bertugas (di bilik warden bagi pelajar lelaki dan di foyer untuk pelajar perempuan) sebelum membawa keluar anak-anak tuan dan puan. Diminata ibu bapa untuk membawa kembali anak tuan dan puan ke dalam kawasan maktab sebelum jam 4 petang.


Cuti Pertengahan Semester

Tarikh : 15 September 2015

Catatan :
Mulai daripada 15 September 2015 sehingga 27 September 2015, pelajar-pelajar MRSM TMFS diwajibkan untuk pulang ke rumah sempena cuti pertengahan semester. Pelajar dibenarkan pulang selepas pada waktu persekolahan iaitu selepas jam 1.20 petang pada 15 September 2015 dan kembali ke dalam kawasan maktab sebelum jam 4 petang pada 27 September 2015. Pelajar diingatkan untuk mendapatkan tandatangan guru asrama sebelum pulang bermalam.

Barisan guru asrama ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha dan selamat bercuti. :)

Outing 13 September 2015

Tarikh: 13 September 2015

Catatan:
Pelajar tidak dibenarkan untuk keluar outing pada hujung minggu ini iaitu pada hari Ahad, 13 September 2015 memandangkan selang beberapa hari kemudian, pelajar akan pulang ke rumah. Namun begitu, ibu bapa dibenarkan dan digalakkan untuk melawat pelajar bermula daripada jam 8 pagi.

Pulang Bermalam Pilihan

Tarikh: 29 OGOS 2015 hingga 31 OGOS 2015

Catatan:
Pelajar dibenarkan peluang selepas sesi pengajaran dan pembelajaran pada 28/8/2015 (Jumaat) iaitu selepas jam 11.35 pagi.

Pelajar diminta untuk kembali ke maktab pada hari Isnin iaitu (31/8/2015) sebelum jam 4 petang.

Bagi pelajar yang tidak pulang, anda diminta untuk memberikan nama anda kepada guru asrama untuk memastikan ada makanan untuk para pelajar.

Outing Maktab

Tarikh: 9/8/2015

Catatan:
Outing maktab pada hari Ahad ini adalah giliran pelajar perempuan. Ibu bapa boleh datang dan membawa anak-anak mereka keluar mulai jam 8.30 pagi. Sila dapatkan tandatangan warden yang bertugas di bilik warden sebelum membawa keluar anak-anak tuan dan puan. Diminta ibu bapa untuk membawa kembali anak tuan dan puan ke dalam kawasan maktab sebelum jam 4 petang.

Jamuan Hari Raya

Tarikh: 7 Ogos 2015

Catatan:
Akan diadakan satu majlis Jamuan Hari Raya untuk seluruh warga MRSM TMFS, bermula pada jam 7.15pm sehingga 9pm. Semua warga TMFS dijemput hadir untuk memeriahkan majlis.

PULANG BERMALAM SEMPENA AIDILFITRI

Tarikh: 15 Julai - 26 Julai 2015

Catatan:
Pelajar dibenarkan pulang pada 15 julai 2015 selepas jam 1.20 petang dan dikehendaki kembali semula ke maktab pada 26 Julai 2015 sebelum jam 4.00 petang.